Monday, September 13, 2010

Bau Harum Kasturi pada 10 Malam Terakhir. Dan 1 Syawal yang telah tiba.

Assalamualaikum.

Malam terakhir malam yang mulia,
Bulan menerangi cahayanya yang terang,
Amal ibadah dikerjakan dengan sempurna,
Nian indahnya suasana yang aman dan tenang.

Bulan 'Kegembiraan' sudah tiba,
Tutuplah sudah  bulan yang mulia,
Pejam celik hari kian menjauhi kita,
Tetapi amalan aku tidak akan kulupa jua.


Sekian. Terima Kasih.

Wasalam.

BELOVED:
HGNA.momoe

Friday, August 6, 2010

Assalamualaikum, Ya Sahabatku.

Salam.

Kini dalam sejarah hidup remaja. Sesuatu yang tidak kuduga. Sahabat yang selama ini kugenggam dengan eratnya dan kuiringinya ke jalan benar. Tidak ada didalam dakapanku lagi. Apakah nasib telah menimpaku, ataupun ini adalah satu ujian bagiku oleh-Nya yang perlu kutempuhi. Dialah kukenang pada kali pertama kumelangkah ke alam yang baru untukku. Sekolah yang tidak kukenali. Mataku yang ingin membuka saat-saatnya kujalan ke arah keremajaan. Belajari bersama  sahabat, amat keriangan kepadaku dibuatnya. Detik-detik perjuangan, hasil setitik peluh yang membasahi dalam jihad kubersama dia sangat teguh dan kukuh. Semangat api membara meluak-luak ke dalam jiwa. Apatahnya, kesemuanya ini hanya tinggal memori yang terbuku dengan rapat tanpa disentuh. Ya Allah! Selamatkan sahabatku ini, jauhkanlah dia daripada perbuatan yang boleh membuatkannya rasa jauh dirinya daripada-Mu. Moga ini juga untuk kubersama. Hanya Engkau sahajalah tempatku melindung dan hanya Engkau sahajalah aku meminta pertolongan.Biarlah keakraban kami di akhirat nanti dan janganlah persahabatan kami akan terputus di akhirat kelak.


Segala-gala kebaikkan hanya yang ber-MAHA KUASA, 
Seburuk-buruk tindakan hanya manusia yang lemah disisi-Nya.

Sekian. Wasalam.

Yang Benar,
HGNA.momoe

Tuesday, April 13, 2010

Bercakap Biar Berfikir Dulu.

Assalamualaikum.

Pernahkah kamu terlanjur kate? Ataupon b'ckp tnpe memikirkn perasaan org len di sekeliling kamu.
Adakah kamu melihat air mukanye selepas sesudahnye p'bicaraan kamu dengan mereka/die.? Ini bukan sahaja drpd p'ckpn kamu. Ini juga drpd p'buatan kamu sendiri untuk membuktikan kepada mereka yang lain. Faham?

Bce ek. "Perbuatan adalah lebih baik daripada bercakap".  Tak ade gnenye kalo kamu b'ckp tpi dri sndiri tak sedar-sedar lagi. Kamu ingat baik sangat ke kalau kamu sekadar hanya di mulut tapi tubuh badan kamu tidak mengamalkan ape yg kamu ckp. Sedar la! Open Your Eyes! Jangan lpe akan kate2 kamu.Setiap ape yg kamu nyatakan (berbicara) umpama janji kamu kepda mereka. Faham?
Macam ni.. contohnye, kalau kamu b'bincang/memberi tazkirah ttg ape2 shjla....Setiap ayt yg kamu terangkan kepade mereka adalah seperti janji kamu untuk mereka supaye mereka boleh ke arah yg positif.Jikalau kamu jelaskan kebaikkan HANYA untuk mereka shj dan tidak memikirkan diri kamu. Tidak adil laa... Dan ia akan memberi fikiran yg positif bg org2 yg mendengari kata2mu. Jangan laa sampai org tidak dah mempercayai kat kamu. Nak sangat?

So!? Lu pikirlaa sendiri. Assalamualaikum. :)

Sekian. Wasalam.

Yang Benar,
HGNA.momoe

Tuesday, April 6, 2010

Untuk Bulan Ehya' As-Sunnah

Salam!

Ni nk bg satu vid ttg Bulan Ehya' As-Sunnah...

ni ha videonye...
http://www.youtube.com/watch?v=sWrlawVZQQg

hurm... bg sesiape yg ade dlm video ini...

Harap Sila JANGAN MARAH yek.. hihihi... tujek...:P

                                 KUMPULAN KAMI BAGI BULAN EHYA' AS-SUNNAH

Sekian, Terima Kasih.

Wasalam..

BELOVED:
HGNA.momoe

Wednesday, March 31, 2010

Kisah Remaja

Assalamualaikum, Annyyong. :D

Hari ni, de seorg budak yg selalu berckp tnpe memikirkn sanubari org len.
Dah tau nk bg peringatan, tp tidak pule nk memperingatkan diri. Kalo dah diri tu SALAH. Tak payah la nak menegakkan benang yang BASAH.
Mesti ade punye nk tunjuk jari kat org len. 3 jari lagi, diri sendiri lagi ta betul.
Ta rse guilty btul la. Bengang! Tgh bengang niy.
Suke cari 'tepi kain' org, diri sendiri tanak tgk pulak. Sudah tau diri ta sempurna. Baiki a diri.

Kalau nk org CINTAI kita,
Kita hendak menyanyangi kita dulu,
Sebelum kita menyanyangi diri sendiri,
CINTAI la ALLAH s.a.w.

Jangan la sampai org BENCI dgn kamu! Suke aje cri psl laa...Aiyooo!!

Okayla, sampai disni sje nk sampaikn.

BELOVED:
>HGNA.momoe

Saturday, March 6, 2010

Hurm...

Anyyong! Salam!.. :D
Harini xde tajuk yg best. Sbbnye, sumenye sme je mcm dlu.
Weyh... HGNA ade satu sajak nk buwat... klo rse ade mse lapang..
Dan HGNA de tulis novel.. hihiiiihi.. xtaulaa klo korg ske ke x?
Lagipun, ceritanye seram.. Klo nk tau.. bcela ni..

Ini dia:
Angin tiup-meniup bagaikan mencari haluan kelurusan. Terdengar kicauan burung-burung menyelubungi kawasan itu. Suara gelak ketawa yang keringan indah tidak dapat dipupus, kanak-kanak yang sedang bergembira bermain-main tanpa rasa penat.
Buaian berayung-ayung, daun-daun jatuh daripada dahannya, duduk di kerusi diperbuat daripada kayu. Memandang sejenak akan kisah dahulu. Rasa sayu terpapar dimukanya. Alangkah bagusnya jikalau imbas ke masa yang pernah menjadi memori yang paling istimewa baginya. Namun begitu, tiada apa yang boleh buat. Nasi sudah pun menjadi bubur, hidup harus diteruskan. Ingatlah masa hadapan.Fikirkanlah..
‘Haa’, keluh hatinya. Bangun dari tempat duduknya itu dan terus beredar. Berjalan.Jalan.Jalan. Melihat sini dan sana, memikirkan perubahan di sekitar itu terlalu berubah dan terasa asing. Tidak seperti dahulu lagi, lihatlah. Terpandang suasana yang sukar untuk menerima keadaan begitu rupa. Berlalulah dia keseorangan, melambai akan zaman yang sudah.
Didalam perjalanan hendak pulang ke rumahnya. Tiba-tiba sahaja, dia terlihat seekor anjing yang berbulu hitam mengogok sebiji tulang yang besar berlari masuk ke pintu rumah itu. Aneh. “Manakah dia dapat tulang sebesar itu?”, kerut dahinya. “Hurm..” Dia pergi begitu sahaja tanpa mengambil tahu. Angin tiba meniup kencang, buruh berdentung-dentung, pokok melambai-lambai laju, tanda yang buruk agaknya.Hujan terus turun dengan lebat. Dia berlari sepantas kilat menuju ke rumahnya.
‘Pap!’ hentakkan pintu yang kuat. Dia mengibas-ngibas baju yang sudah dibasahi hujan. “Wah! Kuat jugak hujan hari. Habis aku kena bantai.”, mengeluh geram katanya sambil mengambil tuala yang berada dibilik air. Dia memandang cermin, menyemak kesan-kesan dimukanya. Terdapat garisan calar dipipi. Garisan itu tidak panjang, dia menyentuh di situ. “Aduh! Mana aku dapat luka ni? Aku hanya lari saja. Bukannya banyak halangan pun ketika aku lari.”, katanya. Dia mengambi First Kit didalam almari.
Dia menyapu di tempat luka itu. Sudah selesai, dia menyimpan semula dan lalu ke meja. Dia membuka komputer dan menyabung salinan yang tidak disiapkan. Dia menaip tentang kehidupan hariannya setiap hari. Tidak akan terlepas walau sekalipun, tidak sah kalau tidak buat. “Haaaa~”, dia menguap dan meliatkan badan. Sudah lewat malam, matanya melelap-lelap beberapa kali kerana mengantuk. Untuk menghilangkan rasa ngatuk, dia pergi ke dapur mengambil segelas air kemudian kembali ke mejanya.
Secara tidak tentu, rumah itu menjadi gelap. Lampu telah dipadam dengan tiba-tiba. “Eh?!”, kejutnya. Dia terus bangun dan lekas mengambil lampu suluh. “Kenapa tiba-tiba saja lampu padam ni. Ni buat aku marah kali kedua pada hari ni.”, marahnya lagi. “Aaaaaaaaaaaaaa~!!!!!!”. Bunyi jeritan terdengar dari tingkat atas biliknya. “Eh, suara siapakah tu? Setahu aku, aku seorang saja yang tinggal disini.”, rasa gentar menyelubunyi dihatinya. Pelik. Ada juga orang tinggal di rumah tiga tingkat ini. Dia berjalan amat perlahan mencari-cari kedatangan suara itu. Dia menyuluh ke sana dan ke sini. Terketar-ketar dibuatnya.
‘Dup dup dup’. Seperti bunyi orang yang sedang menuruni tangga. Dia tergamam apabila terdengar bunyi itu. Dia menarik nafas dan lantas membuka pintu. “Siapa di situ?!”, dia bertanya dengan nada yang kuat. Dia menyuluh-nyuluh, kelihatan tiada orang. ‘Dup dup dup’. Sekali lagi tapi kedengaran ini seperti dekat. Dia terasa seram sejuk dibelakangnya. Bunyi nafas terhembus di rambut. Dia terus memaling dan menyuluh. Malangnya, tiada seorang pun yang berada dibelakangnya. “Aaaaaaaaaaa~!!!” Jeritan lagi sekali. Kali ini lagi kuat, dia berasa takut lalu menutup pintu dan menguncikannya. Tiba-tiba, rumah itu terang semula. Lampu sudah menyala dan hujan turun secara rintik-rintik. Dia memandang sekeliling di bilik. Tidak ada kerosakan apa-apa pun. Dia menghembus nafas lega. “Hua~ Buat teperanjat je. Nasib baik aku tak ada heart-attack.”, omelnya.
Sesudah kejadian itu berlaku, dia membuka pintu semula. Meleraikan kunci itu dan melihat-lihat diluar lalu menaiki tangga tingkat yang kedua. Kawasan lantai itu dibasahi oleh sesuatu benda dan berbau busuk. Apakah ia sebenarnya? “ Huh? Apa ini? Darah? Yalah.”, fikirannya mula bercelaru. Mungkin ada juga manusia yang tinggal di tingkat ini. Selain itu, dia ternampak cecair yang berwarna hijau. Dia membau benda tersebut. “Yakss!”, memang jijik rasa baunya. Umpama bau taik lembu. Dia cepat-cepat menyelap dengan sapu tangan. Aliran darah itu seperti hendak menunjukkan sesuatu. Darah itu menuju ke arah pintu bilik itu. Wah! Seramnya. Berdegup-degup laju jantungnya bagaikan mahu tercabut. Dia perlahan-lahan menuju ke situ kemudian membuka pintu tersebut. Kepalanya menjenguk-jenguk adakah ada orang di situ.
“Hello! Ada orang di sini tak?”, tiada siapa yang menjawab.” Hello? Ada tak orang di sini?”, tanyanya beberapa kali. Dia khuatir dan berasa sangat gelisah. Tadi ada suara orang yang menjerit. Tidak akan suara haiwan pula. Oleh begitu, Dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Dia ternampak bahawa tingkap di bilik tidak tertutup kebanyakkannya. Semuanya terbuka dengan luas. “Krek krek”, bunyi tingkap berayung-ayung kerana ditiup oleh angin. Uh~ Menggerunkan betul, tanpa membuang masa dia bertanya lagi.“Hey, dekat disini ada orang tak. Tadi saya dengar orang menjerit. Rasanya di bilik ini.”, hampa kerana tiada sesiapa pun yang menjawab. ‘Bang bang!’. Bunyi buruh berdentung dan kilat pun memancar sinarannya, kemudian terlihat seorang manusia seperti duduk di sofa yang menghadap ke tingkap itu.DAN……
“Siapa di situ?” Diam.’Orang’ itu tidak menyambut. Dia berjalan selangkah demi selangkah mendekati ke arah sofa. ‘Krek krek krek!’ Tingkap –tingkap semakin berayung dengan laju. ‘Swoooh!’ Angin meniup dengan kuat membuatkan dia terjatuh terdampar ke lantai. ‘Dang!’ “Aduh! Sakitnya! Nasib malang aku hari ni.”, jeritnya. Dia sedang mengosok-ngosok dirinya dibelakang. Kemudian memaling semula ke arah sofa. Eh! Tiada ‘orang’ pula di sofa. Tadi baru sahaja dia ternampak, sekarang tiada pula? ‘Dub dub’ Jantungnya berdegup dengan kencang. Dia mula rasa tidak tenang dan mensyaki ada sesuatu yang tidak kena. Petir dan kilat terus sambung-menyambung lalu memancar cahaya ke bilik itu.
‘Tang tang!’ Dia melihat ke lantai, seperti ada bayangan yang sedang berdiri dibelakangnya. Satu adalah dia, satu lagi adalah siapa? ‘Dup dup dup’ bunyi lantai seperti tapak kaki yang sedang berjalan menuju ke arah dia. ‘Tang tang!’ Petir sekali lagi memancar cahaya.Bayangan ternampak makin jelas. ‘Dup’ Dekat. Dia bernafas dengan laju. ‘Dup’ Dekat lagi. “Siapa tu? Jawablah.” , marahnya tanpa memaling muka. Mengeletar. ‘Dup’ Semakin dekat. Dia membatu. Tidak tahu membuat apa. ‘Dup’ Bunyi tapak kaki berhenti. ‘Hu….hu…..hu…..’. Nafas hembusan dapat dirasai ke hujung rambutnya. Dia tercegang. Jantung bergerak dengan laju. Dia pantas mengambil lampu yang berada disebelahnya lalu mencapakkannya ke belakang. ‘Tong!’ Pecah lampu itu. Malang lagi, tiada sesiapa. ‘Hu….hu….’. Nafas berbunyi lagi. Dia membeliakkan matanya. Peluh-peluh hampir basah menyeluruh dimuka. Dia segera memusing badan. ‘Krek! Dup dup! Aaaaaaaaaaaaaaaaaa~!!!
‘Kriiing!!’...akan bersambung...

Love by:
HGNA.momoe. <3