Assalamuailaikum.
Adakah Kau LUPA?
Kita menegakkan kebenaran sebulat jiwa, seteguh hati
dan seindah rupa
Adakah Kau LUPA?
Dulu kita menuntut ilmu tanpa mengerti penat lelah
Tanpa mengeluh walau satu ungkapan
Adakah Kau LUPA?
Pernah kau sentiasa duduk di mana jua kuberada
Tidak kira bila dan masa
Adakah Kau LUPA?
Hatimu selalu luntur yang tidak pernah sesekali
menyukai kehidupan yang hina
Adakah Kau LUPA?
Sesusah mana pun kau tetap tabah
dan tertutup rapat dalam kalbumu
Adakah Kau LUPA?
Enggan rasanya apabila kukatakan
itu adalah satu penipuan
Dan
Adakah Kau LUPA?
Semua JANJI kita itu
hanya sia-sia sahaja?
Kerana janji itu perlu dikotakan
Zahirkan-lah ia dengan sempurna
Sesungguhnya, janji itu adalah janji yang kekal untuk selama-lamanya
BELOVED:
HGNA.momoe
