Tuesday, August 16, 2011

Dunia Sekarang ?

Assalamualaikum,

Pertama kali ingin kunukilkan al-kisah seorang insan yang bersifat mulia disisi ALLAH.
Malah budi pekertinya amat dicintai oleh-Nya mahupun manusia serta makhluk lain (yang baik) turut tunduk menghormati beliau.
Beliau ingin melaksanakan sifat yang terpuji baginda Nabi Muhammad s.a.w .
Sering sahaja sujud menjunjung Yang Maha Agung Lagi Maha Besar. Setiap hari menghabiskan waktu dengan ibadah dengan khusyuk tanpa rasa jenuh dan payah. Baginya itulah kehidupan seharian yang mesti diamalkan, tidak sama sekali meninggalkan perintah-Nya malah melupakan Yang Khalid.

Adakah kita sebagai insan sejagatnya seperti beliau?
Budinya, tuturan Bahasanya. Apakah beliau adalah sama seperti kita pada hari ini?
Ya! Sememangnya IMAN-lah yang membezakan siapakah kita antara sesama manusia .
Keyakinan pasti meningkat dihati kita jika kita terus mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar.
Kejahatan adalah amarah, nafsu yang membuak-buak akan menyebabkan manusia berpecah-belah.
Jangan kita memandang rendah kepada kebaikkan yang nampak di depan mata sedangkan kejahatan itulah yang kita mahu memperagung-agungkan.
Sudah termaklum bahawa memang di akhir zaman ini, Islam seperti buih di lautan.
Tetapi, kemenangan pasti ditangan Kita di dunia sementara in.

Bilakah kemenangan itu akan berlaku ? Allahualam .......