Ditika malam yang gelap-gelita , hati ini terasa gundah .
Menggapai bulan yang terang-bederang , tetapi akhirnya ia sukar dimiliki .
Bahkan tatkala di hadapan mata , namun jua usah mengharap seribu harapan .
Jika tidak mahu diri ini menyesal .
Banyak pula hajat yang diminta , tetapi senantiasa lalai apabila telah tercapai .
Susah juga menjadi orang yang bersabar , apatah lagi bersyukur kehadrat Ilahi .
Segala azam terdetik dari niat , menggenggam sebulat suara sebulat hati .
Tetapi , hanya bagi insan yang berusaha sahajalah yang mendapat keuntungan .
Leka kerana gangguan syaitan , leka kerana sukar menahan hawa nafsu amarah .
Hambatan yang kekar dan ampuh , semua itu dilalui untuk setiap makhluk Allah .
Malahan , tiada sesiapa yang tidak mampu bertanggungjawab ke atas itu .
Kebaikan datang dari-Nya , keburukan datang dari hamba yang rendah ini .
Suatu hari , ketika langit merekah-rekah umpama kehausan tanah .
Masa itu telahpun datang , mengadap kepada tuhan Yang Maha Esa .
Tiada yang terkecuali , segala amalan ditimbang mengikut zat-zat .
Kerana dunia itu sementara , akhirat itu pasti .
BELOVED :
HGNA.momoe
Thursday, October 11, 2012
Hijab disebalik kalbu
Tuesday, August 16, 2011
Dunia Sekarang ?
Assalamualaikum,
Pertama kali ingin kunukilkan al-kisah seorang insan yang bersifat mulia disisi ALLAH.
Malah budi pekertinya amat dicintai oleh-Nya mahupun manusia serta makhluk lain (yang baik) turut tunduk menghormati beliau.
Beliau ingin melaksanakan sifat yang terpuji baginda Nabi Muhammad s.a.w .
Sering sahaja sujud menjunjung Yang Maha Agung Lagi Maha Besar. Setiap hari menghabiskan waktu dengan ibadah dengan khusyuk tanpa rasa jenuh dan payah. Baginya itulah kehidupan seharian yang mesti diamalkan, tidak sama sekali meninggalkan perintah-Nya malah melupakan Yang Khalid.
Adakah kita sebagai insan sejagatnya seperti beliau?Keyakinan pasti meningkat dihati kita jika kita terus mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar.
Budinya, tuturan Bahasanya. Apakah beliau adalah sama seperti kita pada hari ini?
Ya! Sememangnya IMAN-lah yang membezakan siapakah kita antara sesama manusia .
Kejahatan adalah amarah, nafsu yang membuak-buak akan menyebabkan manusia berpecah-belah.
Jangan kita memandang rendah kepada kebaikkan yang nampak di depan mata sedangkan kejahatan itulah yang kita mahu memperagung-agungkan.
Sudah termaklum bahawa memang di akhir zaman ini, Islam seperti buih di lautan.
Tetapi, kemenangan pasti ditangan Kita di dunia sementara in.
Bilakah kemenangan itu akan berlaku ? Allahualam .......
Sunday, February 27, 2011
Adakah Kau Lupa?
Assalamuailaikum.
Monday, September 13, 2010
Bau Harum Kasturi pada 10 Malam Terakhir. Dan 1 Syawal yang telah tiba.
Assalamualaikum.
Malam terakhir malam yang mulia,
Bulan menerangi cahayanya yang terang,
Amal ibadah dikerjakan dengan sempurna,
Nian indahnya suasana yang aman dan tenang.
Bulan 'Kegembiraan' sudah tiba,
Tutuplah sudah bulan yang mulia,
Pejam celik hari kian menjauhi kita,
Tetapi amalan aku tidak akan kulupa jua.
Sekian. Terima Kasih.
Wasalam.
Friday, August 6, 2010
Assalamualaikum, Ya Sahabatku.
Salam.
Kini dalam sejarah hidup remaja. Sesuatu yang tidak kuduga. Sahabat yang selama ini kugenggam dengan eratnya dan kuiringinya ke jalan benar. Tidak ada didalam dakapanku lagi. Apakah nasib telah menimpaku, ataupun ini adalah satu ujian bagiku oleh-Nya yang perlu kutempuhi. Dialah kukenang pada kali pertama kumelangkah ke alam yang baru untukku. Sekolah yang tidak kukenali. Mataku yang ingin membuka saat-saatnya kujalan ke arah keremajaan. Belajari bersama sahabat, amat keriangan kepadaku dibuatnya. Detik-detik perjuangan, hasil setitik peluh yang membasahi dalam jihad kubersama dia sangat teguh dan kukuh. Semangat api membara meluak-luak ke dalam jiwa. Apatahnya, kesemuanya ini hanya tinggal memori yang terbuku dengan rapat tanpa disentuh. Ya Allah! Selamatkan sahabatku ini, jauhkanlah dia daripada perbuatan yang boleh membuatkannya rasa jauh dirinya daripada-Mu. Moga ini juga untuk kubersama. Hanya Engkau sahajalah tempatku melindung dan hanya Engkau sahajalah aku meminta pertolongan.Biarlah keakraban kami di akhirat nanti dan janganlah persahabatan kami akan terputus di akhirat kelak.
Segala-gala kebaikkan hanya yang ber-MAHA KUASA,
Seburuk-buruk tindakan hanya manusia yang lemah disisi-Nya.
Sekian. Wasalam.
Yang Benar,
HGNA.momoe
Tuesday, April 13, 2010
Bercakap Biar Berfikir Dulu.
Assalamualaikum.
Pernahkah kamu terlanjur kate? Ataupon b'ckp tnpe memikirkn perasaan org len di sekeliling kamu.
Adakah kamu melihat air mukanye selepas sesudahnye p'bicaraan kamu dengan mereka/die.? Ini bukan sahaja drpd p'ckpn kamu. Ini juga drpd p'buatan kamu sendiri untuk membuktikan kepada mereka yang lain. Faham?
Bce ek. "Perbuatan adalah lebih baik daripada bercakap". Tak ade gnenye kalo kamu b'ckp tpi dri sndiri tak sedar-sedar lagi. Kamu ingat baik sangat ke kalau kamu sekadar hanya di mulut tapi tubuh badan kamu tidak mengamalkan ape yg kamu ckp. Sedar la! Open Your Eyes! Jangan lpe akan kate2 kamu.Setiap ape yg kamu nyatakan (berbicara) umpama janji kamu kepda mereka. Faham?
Macam ni.. contohnye, kalau kamu b'bincang/memberi tazkirah ttg ape2 shjla....Setiap ayt yg kamu terangkan kepade mereka adalah seperti janji kamu untuk mereka supaye mereka boleh ke arah yg positif.Jikalau kamu jelaskan kebaikkan HANYA untuk mereka shj dan tidak memikirkan diri kamu. Tidak adil laa... Dan ia akan memberi fikiran yg positif bg org2 yg mendengari kata2mu. Jangan laa sampai org tidak dah mempercayai kat kamu. Nak sangat?
So!? Lu pikirlaa sendiri. Assalamualaikum. :)
Sekian. Wasalam.
Yang Benar,
HGNA.momoe
Tuesday, April 6, 2010
Untuk Bulan Ehya' As-Sunnah
Salam!
Ni nk bg satu vid ttg Bulan Ehya' As-Sunnah...
ni ha videonye...
http://www.youtube.com/watch?v=sWrlawVZQQg
hurm... bg sesiape yg ade dlm video ini...
Harap Sila JANGAN MARAH yek.. hihihi... tujek...:P
Sekian, Terima Kasih.
Wasalam..
BELOVED:
HGNA.momoe

