Ditika malam yang gelap-gelita , hati ini terasa gundah .
Menggapai bulan yang terang-bederang , tetapi akhirnya ia sukar dimiliki .
Bahkan tatkala di hadapan mata , namun jua usah mengharap seribu harapan .
Jika tidak mahu diri ini menyesal .
Banyak pula hajat yang diminta , tetapi senantiasa lalai apabila telah tercapai .
Susah juga menjadi orang yang bersabar , apatah lagi bersyukur kehadrat Ilahi .
Segala azam terdetik dari niat , menggenggam sebulat suara sebulat hati .
Tetapi , hanya bagi insan yang berusaha sahajalah yang mendapat keuntungan .
Leka kerana gangguan syaitan , leka kerana sukar menahan hawa nafsu amarah .
Hambatan yang kekar dan ampuh , semua itu dilalui untuk setiap makhluk Allah .
Malahan , tiada sesiapa yang tidak mampu bertanggungjawab ke atas itu .
Kebaikan datang dari-Nya , keburukan datang dari hamba yang rendah ini .
Suatu hari , ketika langit merekah-rekah umpama kehausan tanah .
Masa itu telahpun datang , mengadap kepada tuhan Yang Maha Esa .
Tiada yang terkecuali , segala amalan ditimbang mengikut zat-zat .
Kerana dunia itu sementara , akhirat itu pasti .
BELOVED :
HGNA.momoe
